PENGUMUMAN PENTING!!

blog ni saya dah tak guna..
Sila ke blog terbaru saya
kat http://www.mikkeymus.blogspot.com
time kasih

Gelak tawa bersama...

Aku ni jenis yang suka benda-benda yang boleh membuatkan aku ketawa...huhuhuhu... Jadi kat sini aku nak berkongsi la cerita lawak yang pernah aku baca dalam mana-mana majalah.. Harap korang sume suka la yek.. Hanya orang yang suka ketawa je leh baca... Hehehehe. Jangan mare.. barang diingat, semua karya lawak ni, aku ambil dalam majalah. Tapi ada jugak yang aku buat sendiri.. Dengan ini, marilah kita sama-sama memeriahkannya dengan gelak tawa yang terbahak-bahak.. Make sure, sebelum baca lawak ni mengucap dulu.. Bukan apa, sebelum ni ada orang meninggal semasa dia ketawa.. Bukan meminta benda ni berlaku, sekadar ingin mengingati... Muahahahaha.. Dipersilakan..

Tiru

Cikgu : Encik, anak encik didapati meniru kawannya Ali semasa peperiksaan
Bapa : Mana cikgu tahu? Ada bukti ke?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 ni. ‘ Siapakah yang menemui Pulau Pinang?’ Ali
tulis ‘Saya tak tahu’ dan anak encik tulis ‘Kalau engkau tak tahu, aku lagi lah tak
tahu’

Bihun vs Mee

Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di pasar raya, mereka
tak pernah bertegur sapa. Malah, bihun sering mempersendakan mee di depan umum.
“Dasar si kuning gemuk..ingat orang suka sangat kat dialah tu!”. Hari-hari berlalu..namun mee buat derk aje dengan segala karenah hinaan bihun.


Sehingga suatu hari, pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. Bihun sangat gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan disebelah bihun iaitu rak spaghetti. Tiba-tiba, bihun rasa marah dan berteriak, “Hoi, si kuning gemuk! Jangan fikir ko buat teknik REBONDING camtu aku tak kenal ko tau!!!


Nyanyuk

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjengahnya. Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata, “Nantilah dulu”. Beberapa minit kemudian, mereka bertanya lagi. Tetapi nenek itu tetap berkata ‘Nantilah dulu”.

Akhirnya mereka tidak sabar-sabar dan mneggesa nenek tersebut .
“Eh Timah, bila kami boleh melihat bayi engkau ni Timah oi..?

“Bila dia menangis,” selamba nenek menjawab
“Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” Tanya mereka lagi
“Sebabnya..aku lupa..Di mana aku letak bayi aku tadi...”

Sejarah
Cikgu : Subjek sejarah sangat menarik. Melaluinya, kamu tahu perkara-perkara yang
berlaku pada zaman silam.
Aiman : Tapi cikgu, saya tak minat sejarah
Cikgu : Eh..mengapa pula?
Aiman : Yelah, dalam sejarah mana ada masa depan. Semuanya perkara lampau!!!



Tak tahu kira


Cikgu : Lina, bapa kamu ada RM 10 dan kamu meminta RM 6 dari dia. Berapa agaknya baki wang bapa kamu?
Lina : RM 10 cikgu
Cikgu : Hai, nampaknya kamu memang tak tahu mengira!
Lina : Taklah cikgu. Bukan sebab saya tak pandai kira. Cikgu tak kenal bapa saya
macam mana orangnya. Dia memang tak kkan bagi duit

Panadol

Bidin memerhatikan Kasim sedang membancuh kopi di dapur. Kemudiannya, Kasim memasukkan sebiji panadol ke dalam kopi tersebut. Bidin yang kehairanan terus bertanya kepada Kasim tentang perbuatan peliknya itu..

Bidin : Weh Kasim..kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?
Kasim : (dengan selamba) Kopi ni panas..sebab tu lah aku bagi panadol. Jadi, kuranglah
sikit panasnya...
Bidin : #$%%&y*)()o)__y$#


Diet

Doktor mrnasihatkan Rosli supaya mengamalkan diet kerana dia mengalami obesiti

Doktor : Rosli, kamu mesti makan sedikit roti panggang..sebiji buah-buahan dan
segelas air kosong...
Rosli : Baiklah..Erm...adakah semua itu saya perlu ambil sebelum atau selepas
makan, doktor?


Panas atau sejuk
Pada suatu hari Amran singgah di sebuah restoran untuk minum petang. Kebetulan di dalam poketnya hanya ada RM 0.70 sen. Jadi, dia bertanya pelayan haraga minuman panas dan sejuk. Pelayan pun menjawab,

“Minuman panas RM 0.70 sen dan minuman sejuk RM 1.20”

Amran tanpa teragak-agak terus meminta teh panas. Apabila pelayan menghantar segelas teh panas kepadanya, cepat-cepat Amran meneguk air mendidih itu sehingga habis. Pelayan yang pelik dengan tindakannya itu pun bertanya,

“Eh, kenapa awak minum laju-laju ni. Air tu kan masih panas lagi”

Selamba Amran menjawab, “Kalau tak minum cepat nanti sejuk. Ha kalau sejuk, saya kena bayar RM 1.20 pulak. Dah la duit saya tinggal 0.70 sen je.”


Lagak si tikus

Tiga ekor tikus sedang duduk bersembang menceritakan kehebatan masing-masing
Tikus 1 : Apa nak takut dengan racun tikus? Aku siap telan apa!
Tikus 2 : Eleh...Itu je ko boleh buat. Aku lagi hebat. Perangkap tikus tu aku main
lambung-lambung je!

Tikus ketiga yang mendiamkan diri tiba-tiba bersuara.

Tikus 3 : eh korang berdua. Nampak tak kucing bunting kat sana tuh? Ala yang
sedang baring-baring tuh! Kalau nak tahu, aku lah yang ‘buntingkannya’.
Hehehe (dengan nada riak)

Tikus 1 & 2 : Gilo apo!

Bagaimana mengenali Pak Pandir?


1. Dia hubungi seseorang untuk tanya nombor telefon terbaru orang itu

2. Dia faks surat dengan setem di atasnya

3. Cuba melemaskan ikan dengan merendamnya dalam air

4. Cuba tanya harga barang di kedai 2 ringgit

5. Belajar bertungkus lumus untuk mengambil ujian darah

6. Tertinggal bas nombor 20 kemudian ambil bas bernombor 10 dua kali

7. Fikir kumpulan Peterpan boleh terbang

8. Undi untuk Mawi setiap kali Astro ulang tayang konsert Akademi Fantasia

9. Beri ayamnya makan nasi ayam kerana menyangka nasi ayam adalah makanan ayam

10. Mengira bilangan penumpang bas sebelum naik